apa khabar rakan2 semua?? sihat? Alhamdulillah =D
sedih hati ini..bila dh byk kali cuba berubah utk menjadi insan yg lebih baik tp tetap gagal..ade hari diri ini jd baik..tp ade hari diri ini jd kurang baik...
bila diri dh tak sedar..leka dlm kegembiraan..mulalah diri ini jadi tidak terkawal..mengutuk sana sini, mengacau org itu, dan mcm2 lagi..entah bila akan berubah..Astaghfirullahalazim
setakat ini, diri ini masih belum merasakan kejayaan hari ini lebih baik daripada semalam..
sedih ini hanya bila diri ini sedar..bila leka..hilanglah sedih ini dan kembalilah perangai nakal itu..
tapi..insyaAllah..diri ini tidak akan pernah putus asa utk menjadi insan yg lebih baik..muslim dan mukmin sejati..
mmg asal kejadian manusia tidak sempurna dan akan melakukan kesilapan..namun begitu itu tidak boleh menjadi alasan utk kita terus dan terus leka dalam dosa..tp berusahalah sedaya mungkin utk mencapai kesempurnaan..walaupun tidak mungkin tercapai,tp usaha yg ada itu sedikit sebanyak akan menjadikan kita insan yg lebih baik..insyaAllah =)
pada sapa2 rakan yg ade terasa atau sakit hati dgn perangai diri ini..ampunkanlah salah silap diri ini..walau diri ini tidak dpt berjanji tidak akan mengulangi apa2 perbuatan yg telah dilakukan itu tp percayalah yg diri ini akan berusaha sedaya upaya utk menghindarinya..ingatkanlah diri ini sekiranya diri ini terleka lagi..insyaAllah =)
Wassalam~