Wednesday, January 06, 2016

menjawab persoalan hahaha

Assalamualaikum WBT

Perghhh..mmg lama dh aku x menulis kt blog ni..2 tahun lebih gak ar

ok kali ni aku nak mencoret skit je..skit je eh..sbb org lain duk tny aku itu ini itu ini..dh jawab direct dh kt dorang tp tulis je ar sini nak buat sedap hati..boleh ke cmtu?? haha bedal je ahh

~~~

Bukan aku tak mahu..tapi ada sebab kenapa aku menunggu..menunggu apa? menunggu masa yang sesuai tiba

Bukan aku tak mahu..tapi memang aku belum bersedia

Bukan aku tak mahu..tapi ibu bapa aku pun belum bersedia

Bagi mereka, aku kena kerja dahulu...dan aku pun bersetuju akan perkara demikian..sebab sekarang ibu bapa aku masih menanggung aku sepenuhnya..malu

Orang berkata..usahalah..jodoh memang dah ditentukan tapi kena usaha..masuk meminang dan bertunang dahulu pun takpe..kerja nanti baru nikah..

Masalah aku..seperti aku kata ibu bapa aku belum bersedia..macam mana aku nak bincang hal ini kalau mereka tak mahu..

Tapi orang berkata..aku yang tak mahu bincang..aku yang tak mahu usaha

Aku kenal ibu bapa aku macam mana...

Bagi aku usaha banyak cara..usaha aku sekarang persiapkan diri aku dgn ilmu yang sepatutnya..sebab ilmu sangat penting dan perkahwinan besar tanggungjawabnya..tak boleh main terjah tanpa ilmu

Bila tiba masanya..yang dah ditetapkan Allah..maka semua usaha-usaha lain aku boleh teruskan..mungkin sekarang belum masanya lagi..jadi aku hanya bersabar dan teruskan dengan usaha yang aku termampu buat masa sekarang..

Orang nak kata aku apa benda pun kata je lah..tak kisah dah

Kalau dah jodoh..tak kemana..percayalah

Sekarang..aku kena baiki diri aku..antara yang paling penting aku kena lakukan

Lastly..ada orang tanya..serius ke Afiq kau tak ada awek??..hahaha..sorry bro aku tak ada awek dan ini memang serius..bercinta lepas nikah saja lah..couple2 ni serabut je haha

Doakan sahaja yang terbaik..InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan..dan semoga kita semua sentiasa dirahmati

Wassalam~