apa khabar rakan2 semua? sihat? Alhamdulillah...
minggu ni..adalah minggu yg paling mencabar buat aku...sgt tensen dibuatnya aku minggu ni...
bermacam-macam hal yg berlaku..menyebabkan aku sendiri menjadi x tentu arah..byk yg bermain dlm fikiran ak yg menyebabkan kepala otak aku bercelaru..astaghfirullah..
bermula dgn hal2 di universiti...mcm2 perkara yg aku risaukan..postmortem session xstart lg..byk kelas cancel..timetable punya hal la..meja dlm bilik kelas la...mcm2..kerna aku seorang ketua semestinya aku akan pastikan sume akan berjalan lancar tp kerna kudrat aku hanya kudrat seorang manusia biasa yg lemah pasti aku akan berasa penat dan lama-kelamaan tekanan melanda di jiwa..
kemudian dgn hal keluarga..maybe kerna keputusan adik aku xberapa nk cemerlang, menyebabkan adik aku berasa kecewa dan sedih, membawa juga aku kepada kesedihan..kerna aku juga menyimpan harapan tggi kpd dia..tidaklah aku kecewa sgt kerna itu sume takdir-Nya..pasti ada hikmah..tp kesedihan itu pasti wujud sama ada kita mahu atau tidak..
kemudian bila stress dah melanda..mulalah perangai aku juga jd xtentu arah..aku menjadi cepat marah dan sebagainya..dan menyebabkan ada dalam kalangan rakan2 aku yg terasa dgn kelakuanku..astaghfirullah
mungkin kerna masih xcukup ibadat dan amalan aku kepada-Nya yg menyebabkan aku menghadapi stress ni..mungkin kerna masih lemahnya iman dalam diri menyebabkan aku jd begini..mungkin kerna byk sgt dosa yg telah aku lakukan menyebabkan terjadinya perkara yg xdiingini...
tp tak mengapa..dunia ni ibarat roda..kadang2 kita di atas..kadang2 kita dibawah..begitu juga iman kita..kadang2 naik,kadang2 turun..tp berusahalah sedaya upaya utk memperbaik diri kita dari masa ke semasa..
kpd rakan2 yg maybe baca blog aku,yg maybe terasa dgn tingkah laku aku selama ini..aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..kerna kadang2 bkn aku sengaja berbuat demikian tetapi biasalah kalau dlm stress,mcm2 perkara pelik boleh berlaku..aku minta maaf kerna xdpt mengawalnya dgn baik...
semoga kita semua senantiasa dibawah rahmat-Nya Yang Maha Esa dan Maha Kuasa..
InsyaAllah =)
Wassalam~